Pages

SYOKnya PANTUN ( PART 2 )



kanda dinda insan biasa,
hamba tuhan tiada sempurna,
kanda sudah ketemu jawapannya,
rapi terkunci dihati dinda.

mn kanda tahu jawapan nya,
sedang dinda masih mencari,
andai sudah ketemu si dia,
pasti kanda org pertama ketahui.

kanda mencari dlm petibesi,
pentunjuk dari alamat mimpi,
jawapan yang kanda temui,
adalah untuk diri sendiri

wahai kanda bijak bestari,
petibesi jadi saksi,
ape alamatnya yg kanda mimpi,
boleh kita berkongsi disini.

seperti yang dinda tahu,
otak kanda bijak bestari,
mana mungkin kanda beritahu,
itu rahsia simpan terkunci..

kanda kedekut air liur basi,
kalau tdo xreti nk bangun,
bende macam tu pn xnk kongsi,
ape daa bkn dinda nk kecoh2 pun.

tidur terkeluar airliur basi,
mimpikan dinda sampai pagi,
bukan kanda xmau kongsi,
itu cerita sudah basi,....

ape diingat pada dinda,
sampai terbawa kedalam mimpi,
cerita la wahai kanda,
walaupn dah agak sedikit basi.

mimpi bukan sebarang mimpi,
kanda termimpikan sijantung hati,
kanda sendiri pon kurang mengerti,
kenapa wajah dinda termasuk dalam mimpi...

mimpi bkn sebarang mimpi,
sampai dinda terbabit sama,
apelah daya dinda disini,
kalau tidak ku luku2 aja kepala.

jangan begitu wahai dinda,
apalah nasib kanda ini,
tidur asyik termimpikan dinda,
adakah jawapan untuk semua ini...

kanda jgn susah2,
kalau ssh dinda buat xtau,
alahai kanda buat ape nk gelisah,
itu tanda dah kene angau la tu.

betulkah begitu wahai dinda,
penyakit angau melanda kanda,
kalau dinda sungguh bijaksana,
apakah ubat untuk kanda

aduhai kanda segak bergaya,
dinda pula orgnya bijaksana,
dengar cni dinda nk cerita,
hanya kawin saja ubatnya.

sungguh dinda sangat bijaksana,
otak geliga berfikir matang,
kalau begitu sahaja ubatnya,
bilakah kanda boleh meminang...

kanda bijak mereka soalan,
xperlu nk disangkal lagi,
kalau rasa dah cukup duit hantaran,
masuk le tunggu apa lagi...(itu pn kalau berani).

Bukan kekanda bijak mereka,
soalan terbit dari hati,
wang hantaran bukan masalahnya,
sudikah adinda jadi permaisuri

hati girang bukan kepalang,
mendengar pertanyaan dr kanda,
kalau dinda dah betul2 sayang,
boleh saja apa tidaknya.

sigadis riang bukan kepalang,
mendapat berita dari teruna,
tunggu apa lagi wahai sayang,
padukan kasih bersemilah cinta

kalau xsungguh org xkata,
bkn dinda nk reka cerita,
betul ke kanda beria,
atau sj nk usik dinda.


peduli apa org nak kata,
ini cerita kita berdua, 
ikhlas hati kanda bertanya, 
kenapa dinda masih ragu jua 

jangan kanda tersalah sangka, 
bukan niat dinda nk curiga, 
cuma rase macam xpercaya, 
betulkah dinda dialam nyata.... atau sekadar mimipi cuma.

mimpi tidak fantasi pun bukan, 
dinda berada dialam nyata, 
gurindam indah kekanda dendangkan, 
gemersik syahdu menusk kehati dinda.

opss....bila da nak abis pantun nie....jumpe lg di SYOKnya PANTUN (part 3)
Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

SYOKnya PANTUN (part 1)

Sepetang bersama Pak Sahar (bukan nm sebenar)

Berborak mesra dipagi hari,
Tetiba keluar topic ini,
Berbalas pantun budaya disanjungi,
Sampai pagi la jawabnye....kalau xde yg undur diri.


Layang2 terbang tinggi,
Terbang tggi dipuncak kali,
Ape nk jd...jadi,
Ape aku peduli.

Terbang tinggi si layang layang, 
Terbang di gunung kinabalu, 
Jangan ikutkan hati sayang, 
Nanti jiwa dilanda sendu.

Layang2 jauh melayang,
Melayang jauh dibawa pergi,
Kalau hati dah kate sayang,
buat ape nk tggu lagi.

Apa da layang2 lagi, 
Xde benda lain ke lagi, 
Kasih sayang buat yg sudi, 
Sudahku cuba tp xmenjadi.

Kasih tidak sayang pn tidak,
Mn boleh dipaksa2,
Endahkan ia entahkan tidak,
Klu betul terus terang saja.

Daun selasih dimakan kuda, 
Pucuk paku dimakan lembu, 
Kalu aku katakn ia, 
Apa pula jawapn mu.

Kuda makan daun selasih,
Lembu makan pucuk paku,
Kalau benar pn ku kasih,
Biar aku sj yg tahu.

Pukul kompang tak berberbunyi, 
Gerak langkah mahu menari, 
Untuk apa terus sembunyi,
 Luahkan saja untuk merungkai isi hati.

Kompang dipalu enak berbunyi,
Riuh sekampung asyik menyanyi,
Bkn ku sj nk sembunyi, 
Suke main sembunyi sembunyi.

Lemah gemalai sigadis menari,
Tergoda seluruh jejaka kampung, 
Tiada guna terusan sembunyi, 
Takut jiwa xmampu menanggung.

Main sorok2 dlm guni,
Abis guni selimut pn jadi,
Kalau terusan begini,
Takut2 xjumpa yg dicari....merana lah diri.

Main nusuk dalam guni, 
Nanti gatal satu badan, 
Yang macam mn mahu dicari, 
Belom ketemukah yang sepadan?

Mari kite berpantun seloka, 
Sshnye pantun hendak direka, 
Bkn di cari pangkat dan rupa, 
Teras agama itu yg utama.

Sudah putus urat dikepala, 
Kerna sudah pantun direka, 
Jadi apa kurangnya hamba, 
Tidak terlihatkah dimata adinda.

Maafkan dinda wahai kanda, 
Sbb dinda xtahu nk jawab apa, 
Xada kurangnya kanda dimata dinda,
Sbb dinda ni buta.


Tidak mengapa wahai dinda, 
Kanda sudah mengerti seadanya, 
Bukan mata adinda yg buta, 
Tetapi hati dinda mengharap pada sidia.

Bukan diharap pada x sudi, 
Kerna yg sudi ramai dah offer diri, 
Cuma belum masanye lagi, 
Untuk mengikat sebarang janji.

Lembu diikat pada tali, 
Manusia diikat pada janji, 
Apakah jawapn dari saudari, 
Jika kekanda salah seorang mengoffer diri.

Bkn ku xsudi huluran kasih kau beri, 
Takut kisah silam berulang kembali, 
Kerna ku xyakin pada diri, 
Dapat menerima dirimu disisi menemani sepi.

Lupakan kisah silam dinda, 
Mari mulakan idup baru, 
Kanda x menjanjikan apa-apa, 
Kanku jaga dengan kesetiaanku.

Memori silam masih diingatan, 
Parutnya masih berbekas jua, 
Andai ini sudah suratan, 
Biarlah masa menentu segala.

Tiada luka yang xkan sembuh, 
Lainlah dinda ada kencing manis, 
Sampai masa luka itu akan sembuh, 
Tiada guna idup terusan menangis.

Dinda kn memang orangnya manis, 
Kanda saje buat2 lupe,
Buat ape nk menangis, 
Buang karan wat sakit ati aje.

Wahai cik adik yang manis, 
Bolehkah kanda bertanyakan sesuatu, 
Mengapa setiap luahan ditempis, 
Sudahkah ada jejaka dihatimu.

Elok2 bermain perahu, 
Bermain perahu ditepi kali, 
Kalau kanda nk tahu, 
Hati ini belum ada penyeri.

Berakit rakit ke langit tinggi, 
Beperahu mudik ke kuala kubu, 
Kalau di izinkan tuan punya diri, 
Ingin kanda jadi penyeri itu.

Kalau kanda orangnye berani, 
Cubalah memikat si jantung hati,
Manala tahu suatu hari nanti, 
Terpaut kasih termeterai janji.

Janji termeterai kasih berpadu,
Rindu berputik cinta bersemi, 
Kanda hnya tunggu kata setuju, 
Pabila dinda menbuka pintu hati.

InsyaAllah suatu hari nanti, 
Akn  tiba saat dan ketika, 
Akn terbuka jua pintu hati ini, 
Jika dimakbul tuhan yg esa.

Jika begitu kata dinda, 
Biar takdir penentu segala, 
Kanda berserah jua pada yg esa, 
Segala takdir kanda redha.

Jika begitu kata kanda,
Tenang lah hati dinda, 
Samalah kita berdoa, 
Agar ada jodoh antara kita.

Tenangkan hati lapangkan dada, 
Doa dipanjat pada yang esa, 
Jika dinda juga redha, 
Kanda hanya bertawakal kepada-Nya.

Hati ini milik-Nya jua, 
Dinda hanya hamba-Nya saja, 
Andai itu sudah takdirnya,
Dinda terima redha seikhlas apa adanya.

P/s:- sape nk jd pengadil buleh le....agak2 sape yg menang ye???

opss....sesi berbalas pantun ni xabis lg....jumpe lg di SYOKnya PANTUN (part 2)
Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Disebalik Seorang Mukmin Bernama Ustaz Azhar Idrus



Siapa tidak kenal dengan Ustaz Azhar Idrus? Pasti ramai diantara kita sudah mengenalinya sebagai seorang yang cukup hebat dalam kuliah agamanya. Jom kita tengok serba sedikit mengenai biografi Ustaz dan kisah kehidupannya.......
  • Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
  • Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
  • Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
  • Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
  • Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
  • Asal Kampung Ladang, Kuala terengganu.






Azhar Idrus nama diberi, seperti manusia biasa pernah membuat kesalahan dan perkara lagha dalam kehidupan kerana manusia bukannya maksum seperti para Nabi dan Rasul. Namun mereka yang sedar dan kembali kepada jalan Allah dengan mempelajari ilmu agama dan menyampaikannya mendapat ganjaran besar di sisi Allah s.w.t. Begitulah serba sedikit tentang Ustaz Azhar Idrus yang semakin dikenali ramai oleh kerana dakwahnya kepada masyarakat. Mari dengarkan kisahnya..




Moga Allah mengurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik serta harta yang cukup untuk ustaz menjalankan usaha dakwah kepada masyarakat kita yang semakin rosak dimakan zaman.



"Manusia yang paling baik ialah seorang mukmin yang berilmu, yang apabila diperlukan kepadanya dia akan memberi manfaat(kepada orang lain) dan jika dia tidak diperlukan dia akan menjaga dirinya(dari orang lain)." -Imam Al- Baihaqi-
Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Maksud Setiap Bacaan Dalam Solat


Entri kali ni aku dedikasikan khas kepada mereka yang ingin mengejar khusyuk dalam solat.. jom kita baca dan hafal setiap maksud bacaan dalam solat ni agar solat kita menjadi lebih sempurna..



- Takbiratulihram -
Allah Maha Besar


- Doa Iftitah -
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.

- Al-Fatihah -
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.

- Bacaan ketika rukuk -
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.

- Bacaan ketika bangun dari rukuk -
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

- Bacaan ketika iktidal -
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

- Bacaan ketika sujud -
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

- Bacaan ketika duduk di antara dua sujud -
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.

- Bacaan ketika Tahiyat Awal -
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

- Bacaan ketika Tahiyat Akhir -
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

- Doa Qunut -
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan....
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya .



Moga2 kita akan lebih kyusuk di dalam solat kita... amin...

''Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu .'ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa...ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia''


Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Duhai Teman Duhai Sahabatku…

Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…



Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…

Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…

Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…

Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…

Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…


Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya….
Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

SECAWAN KOPI


Secawan kopi
Diminum pak menteri
Kopi latte
Di cawan berkilat
Tersenyum megah.

Secawan kopi
Diminum si petani
Kopi kusam pucat
Di cawan retak
Merenung nasib.

Secawan kopi
Pembeza darjat
Hidup di dunia
Bukan di akhirat.


                                                                               -AMIRUDDIN MOHD ROSDI-
Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

MENILAI SEMULA PERSIAPAN WALIMATULURUS




Walimatulurus atau kenduri kahwin (seperti majlis santapan makanan) sunat diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkara dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

Dalam menganjurkan agenda berkaitan walimatulurus, etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan, namun perlu diingatkan agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh islam tanpa mempunyai rasa gharar (was-was) dalamnya. Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok daripada agama lain.

Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat Melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar, selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.


Hal ini pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa ( seperti cemburu, gersang dan was-was) di kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut, malah aktiviti persandingan sering menggunakan bajet yang besar kerana mengupah mak andam yang bertindak sebagai tukang solek.

Majlis walimatulurus yang terbaik ialah apabila adanya pemeliharaan terhadap adab-adab yang ditunjukkan oleh islam. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus antarnya adalah seperti berikut:
1.       Dilakukan selepas akad nikah;
2.       Menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat daripada kedua-dua belah pihak, jiran dan rakan kenalan;
3.       Bagi pengantin hendaklah mengikut sunnah Nabi s.a.w. dengan cara bersederhana dan tiada unsur bermewah-mewahan, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang sehingga membebankan;
4.       Berdoa setelah akad nikah. Doa bagi kedua-dua mempelai: “Barakallahu laka wabaaraka ‘alaika wajama’a baynakuma fii khair”. Semoga Allah mencurahkan kebarakahan kepadamu dan isterimu. Semoga Allah menyatukan kamu berdua dalam kebaikan”. ( Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari, Muslim);
5.      Solat sunat setelah akad nikah;
6.     Tinggal seminggu di rumah mempelai wanita;
7.     Tidak bercampur baur antara lelaki dan wanita;
8.     Hijab bererti “tirai” atau pembatas atau penyekat. Istilah hijab ini digunakan sebagai  tirai penyekat yang membatasi pandangan antara laki-laki dan wanita yang bukan mahramnya;
9.     Menghindari berjabat tangan yang bukan muhrimnya;
10 Menghindari syirik dan khurafat;
11 Menghindari kemaksiatan;
12 Menghindari hiburan yang merosakkan;
13 Mengundang fakir miskin;
14 Semampu mungkin pisahkan tempat makan lelaki dan perempuan.


Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Antara MASJID dan RUMAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ



Senja itu aku berdiri di depan rumahmu
Di antara masjid dan rumah kampung
Harumnya Pulau Melaka kediamanmu
Aku berdiri merenung ketabahan
Dan keunikan kehidupanmu
Di tengah lautan politik nan bergelora

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Aku tertegun meyaksikan kesederhanaanmu
Anak kambing dan ayam peliharaanmu
Masuk ke dalam reban di belakang rumah
Riuhnya membelah senja merah
Beriringan bunyi burung pulang ke sarang
Tuhanku! Engkaulah Yang Maha Kuasa

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Aku melihat engkau siap berwuduk
Melangkah teratur ke masjid
Untuk mengimamkan solat Maghrib
Di tengah gemersik azan
Membelah senja di Pulau Melaka
Di sinilah insan dan khalik-Nya bersatu

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Engkau sangat mengerti dirimu
Sebagai hamba yang kerdil
Di tengah kekuasaan Ilahi
Sesaat pun engkau tidak lupa
Pesan dan ajaran Nabi s.a.w.
Mengenai perjuangan dan pengorbanan

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Engkau mencontohi kehidupan Nabi s.a.w.
Memancarkan sinar dari masjidmu
Berdakwah dari utara ke selatan
Dari timur ke barat
Dengan tongkat dan jubahmu
Tanpa lelah dan jemu

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Sosok tubuhmu yang kecil
Dibasahi embun malam
Ketika berceramah di sana sini
Menjadi saksi perjuanganmu
Menegakkan islam
Di tengah rimba kehidupan manusia

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Engkau menautkan kemanusiaan
Dengan alam ciptaan Ilahi
Menabarkan dakwah tidak henti-hentinya
Menyalakan obor perjuangan
Sebuah gerakan Islam bernama PAS
Walau disukai dan dibenci

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Aku merenung dan belajar daripadamu
Aku melihat cahaya kesederhanaan
Dan ketakwaanmu
Ia adalah kekuatanmu yang luar biasa
Dan nur yang memancar darinya
Membawa obor Islam yang syumul

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Dua puluh tahun engkau memimpin
Hampir sejuta umat Negeri Kelantan
Dengan wawasanmu yang penuh izzah
Berbeza dengan tubuhmu yang kecil
Dengan suaramu yang lembut
Meneriakkan politik dakwah

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Engkau mengajukan ‘membangun bersama islam’
Menghantar contoh pentadbiran Islam
Tanpa rasuah, tanpa kroni, tanpa tipu daya
Tanpa penyelewengan, tanpa politik kotor
Inilah contoh kecil Masyarakat Madani
Yang pernah dipelopori oleh Nabi s.a.w.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Engkau membina Negeri Kelantan
Dengan segala keunikan
Dataran MPKB, Pasar Khadijah, Masjid Muhammady
Pantai Sabak yang indah
Rantau Panjang Pusat Membeli belah
Riuh dikunjungi pelancong setiap hari

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Dalam riuh rendah itu, azan berkumandang
Di Pasar Khadijah dan dimana saja
Kelantan menyambut malam
Gema tahmid memuji Ilahi di mana-mana
Engkau membina rakyatmu dengan takwa
Membangun bersama islam

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Kehidupanmu dilimpahi cahaya takwa
Melepasi alam kemewahan
Dan kerakusan kuasa
Menentang kemungkaran politik durjana
Dengan suara lembutmu
Yang sangat mengesankan

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Pemimpin secular memisahkan
Politik dengan agama
Menyebabkan dunia politik menjadi sampah
Kotor dan memudaratkan
Engkau datang membersihkan
Mengajarkan politik beragama

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Engkau menawarkan politik baru
Berpandukan agama dan etika universal
Mengajarkan toleransi beragama
Menatang keadilan dan demokrasi
Menentang perkauman
Dengan segala kedurjanaannya

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Rakyat yang beragama dan rasional
Berdiri bersamamu
Mendukung wawasanmu
Yang akan kekal hingga abadi
Doa kami semoga engkau di dalam sihat
Untuk meneruskan perjuangan ini

-ABD SHUKUR HARUN-

Puisi ini dideklamasikan oleh ABD SHUKUR HARUN pada 2 Mei 2011 di Majlis Diskusi Buku “Kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Menurut Pandangan Sarjana Besar Kepimpinan Sepanjang Zaman” oleh Prof Dr Shaharil Mohd Zain dengan diulas oleh Dinsman.
Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Ore Jatey Klate.......


Sambungan dari entry hok lepas....ni kawe ado jupo plok pasal ore jatey klate....mari pakat2 baco....klu saloh maaf bnyk la deh......

Al-kisoh nyo adolah sore mat salleh ni namo dio William Armstrong Graham's tulis dale buku dio bertajuk "Kelantan : A State of The Malay Peninsular" dio kato ore jatey klate ni tinggi, saso lepah tu gagoh lebih dari ore melayu sejati....."stonger than the true malay???kawe pn xpehey tuh maksud dio gapo" ado sapo2 nk tulun oyak we pehey ko....

Lepas baco statement tu kawe duk raso2 mungkin betul jgk hok dio oyak tu sbb dl mn ado ore kijo jabat@opis supo ore lowni....kijo paka reng@tenago blako.....sbb tu ore dulo gagoh2....umor pon panje....ko gano abe dio tuh....hehehe.....


Petikan di atas adalah dari William Armstrong Graham’s " Kelantan : A State of The Malay Peninsular " ;  Chapter V : The People, page 18,19,20 – ( First Published in 1908 by James Maclehose & Sons, Glasgow )


Kawe buh gmbr apex ni peminat2 dio jange maroh deh..kawe pn minat dio nih jgk...hehe


Persoalannye: Adakah lelaki kelantan sekarang masih gagah seperti dulu???


P/s:- Bagi kawe ore jatey klate still da best......seney kiro....mudoh baso....ko gano....
Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments