Pages

SYOKnya PANTUN (PART 3)


Sambungan dari SYOKnya PANTUN ( Part 2 )

melayan kanda dah jadi hobi, 
ape nak jadi balas pantun sampai ke pagi, 
rupa2nya dinda lupa diri, 
xingat xmakan nasi lagi

teruna dara berbalas seloka, 
sudah malam disangka pagi, 
nampaknya adinda sudah terleka, 
apakah dinda sudah lupa diri.

amboi sedap kanda mengata, 
xsayang mulut xsayang diri, 
kalau betul dinda kata ya, 
penyakit kanda dah berjangkit kesini

buka mengata bukan mencerca, 
niat kanda cuma bertanya, 
apakah dinda xboleh menbaca, 
apa tersirat di hati kanda

apa tersirat dihati kanda, 
manakan boleh dinda teroka, 
dinda bukan ahli nujum negara, 
semua perkara boleh tau belaka

xperlu jadi ahli njum negara, 
jernihkan hati terbukalah jiwa, 
niat kanda ikhas belaka, 
mahukah dinda terima kanda

andai kanda ikhlas belaka, 
apakan daya dinda menidak, 
jika benar ape kata kanda, 
tiada daya dinda menolak.

bagai sungguh kata dinda,
riang rasa dihati kanda, 
lamaran kanda sudah diterima, 
ayuh dinda kita bermadu asmara

amboi kanda suka bkn main lagi ya, 
dinda baru nk buka crita, 
saje nk bikin kanda merana, 
confirm malam ni tdo xlena

dinda nak buka cerita apa, 
biar kanda dengar segera, 
kanda rela xtdow lena, 
kerana dinda sanggup segala

cerita bkn sebarang cerita, 
cerita datang dari hati yg sepi, 
bgslah kalau kanda rela, 
biar dinda diulik mimpi seorang diri.

dinda xkan sendiri lagi, 
kanda sudi jadi penemannya, 
agar dinda tidak kesepian lagi, 
kanda sedia mendengar semuanya,

sakit kepala makin menjadi, 
mendengar celoteh kanda xhenti2, 
andai kanda dah sudi, 
dinda ape lagi.

celoteh kanda tiada henti, 
menjadi teman dinda yang sepi, 
drai tadi kanda dh sudi, 
apa yang dinda tunggu lagi

kanda memang xreti henti, 
slagi dinda xtarik diri, 
beginilah nasib diri, 
selagi janji belum terpatri.

bukan kanda xmahu berhenti, 
gerak hati mahu terus menari, 
janji bukan sebarang janji,
janji terpatri sampai mati..

usah dicerita pasal mati, 
sampai masa pergi jua, 
andai dinda sudah pergi, 
maafkan lah jika ada terasa sebarang dua.

sorong papan tarik papan, 
buah keranji dimakan kuda, 
ajal maut ditangan tuhan, 
hanya itu pemisah kita berdua

jika begitu kata kanda, 
boleh la dinda beradu malam ini, 
andai ada umur dan masa, 
boleh kita berbalas pantun lagi

silakan dinda jika mahu beradu, 
siapkan perbaringan untuk bermimpi, 
andai kata di izinkan waktu, 
boleh kita berseloka lagi

sakit kepala bkn kepalang, 
tp hati xmahu beradu, 
sbb dinda terasa sayang, 
xnk mengalah takut malu.

apakan daya dinda keras kepala, 
kanda xboleh nak kata apa, 
buat apa dinda nak terus berjaga, 
hari esok kan masih ada

amboi kanda kuatnye mengata, 
dinda keras kepala abis tu kanda apa, 
antara kita sama saja, 
sbb tu lah dinda snggp merana bersama

antara kita sama sahaja, 
sudah sebati sehati sejiwa, 
kekanda ini bukannya apa, 
dinda memberi kanda menerima

wahai sayang pujaan hati, 
sdh2 la tu jom berhenti, 
jgn lupa masuk kn ini entry, 
supaya esk2 senang diingati.

dinda sayang sijantung hati, 
peneman kanda dikala sunyi, 
semuanya sudah kanda ingati, 
semoga akan terpahat didalam hati





P/s:- Sudah berakhirkah episod berbalas pantun ini???? OH TIDAK.....kerna pemenangnya belum diketahui......nntkan episod yg akan datang COMING SOON.....hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment