Pages

Showing posts with label rahsia disebalik lelaki. Show all posts
Showing posts with label rahsia disebalik lelaki. Show all posts

Ayat-Ayat Comman Time Nk Mengurat


Check this out.. Tanda2 or ayat yg common lelaki guna time nk mengurat gurl. Zaman datuk atau ayahanda kita dahulu, cara mengurat dan ayat-ayat mengurat yang digunakan mereka berbeza dengan teknik dan taktik yang digunapakai generasi sekarang. Mungkin orang-orang lama lebih romantis, mereka menggunakan pembayang, merujuk kepada bintang, bulan dan matahari.“Bibirmu merah bak delima merekah, hidungmu mancung bak seludang...”.

Andai ayat yang sama digunakan oleh lelaki zaman ini, wanita akan terpegun terperanjat kerana korang terlalu jiwang dan mungkin mereka tidak faham akan perkataan delima dan seludang. “Kau cantik bak bulan purnama,” or "segala lautan dan gunung sanggup aku rentasi". Perkataan yg sudah tidak boleh main di zaman ini. Perbezaan budaya juga menjadikan ayat-ayat mengurat orang di Barat tidak boleh diaplikasikan oleh orang-orang Timur.

Jadi, ayat mengurat bagaimana yang disenangi wanita millennium baru? Adakah mereka gemarkan yang berlapik, yang romantis atau yang berterus terang? Oleh kerana manusia sifatnya berjenis-jenis, tidak ada satu cara yang berkesan untuk semua. Jadi kali ini, aku ingin mencadangkan ayat-ayat mengurat yang mungkin efektif kepada wanita zaman ini yang bukan sahaja lebih berpengetahuan dan lebih komplikated malahan lebih berani berbanding generasi yang terdahulu.


Ayat Mengurat Berlapik

Lelaki yang menggunakan ayat berlapik ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup menahan penolakan. So, kne la berlapik bile nk bagi hint2 kt gurl tu. Lapikan ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti “Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara am saja”. Contoh pertama ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang digemarinya, dia berpeluang untuk mengukur tahap minat wanita itu terhadapnya. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam you”.


“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika hadirnya percikan asmara, wanita itu tidak bertepuk sebelah tangan.“Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan diperkotakkatikkan. Ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.



Ayat Mengurat Romantis


Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting. “I baru faham erti cantik apabila melihat wajah you”, ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita. Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.



“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”. Ayat mmg jiwang giler....tp bukan mudah untuk lelaki melafazkan ayat ini tatkala mengurat. Mungkin boleh digunakan di dalam emel atau chat, untuk mendapatkan kesan yang maksima.“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. Kreativiti diperlukan apabila menggunakan objek dalam membantu membuat suasana menjadi lebih romantis. Dan di zaman ini, aku yakin tidak ramai lelaki yang berani untuk menjadi romantik ketika mengurat. Ceh, dgn begitu confident sekali. (",)




Ayat Mengurat Terus Terang


“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ye, ayat ini dipopularkan oleh Nabil, Si Raja Lawak dan aku yakin ianya boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikatnya. Paling kurang pun boleh menyebabkan wanita itu tersenyum.“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini atau boleh digelar taktik kamikaze.
Tetapi, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah mengurangkan masa anda syok sendiri kerana jawapan yang anda akan dapat terus menunjukkan tahap minat wanita yang ingin dipikat atau sebaliknya.“I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power. Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan.

Selamat mengurat.....hehe

Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tanda-Tanda Lelaki Merajuk


Ada orang kata, buruk sangat rupanya kalau lelaki merajuk. Tetapi pernahkah anda melihat lelaki merajuk?

Sekali dengar bunyi macam pelik juga bila ada lelaki cepat merajuk tapi lelaki juga manusia biasa yang ada perasaan. 
 Kata orang kalau lelaki merajuk ni susah nak pujuk balik. Betul ke???

Biasanya lelaki merajuk semuanya sama sahaja,tak taulah kalau ada lain dari yang lain.

Antara tanda-tanda lelaki merajuk:-

a) Diam Seribu Bahasa* Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan / dia anggukkan kepalanya je. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah tu dia merajuk dengan kita.

b) Buat Tak Tahu
* Dia akan buat tak tau dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je.Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

c) Menolak Untuk Makan Bersama
* Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan denagn kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

d) Masam Muka
* Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amek hanger, gantung kat muncung dia)

e) Baca Surat Khabar
* Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

f) Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
* Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di tv tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

g) Keluar Rumah Tanpa Beritahu
* Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnye. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana conferm dia akan buat dek je!

h) Matikan Telefon Bimbit
* Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita menggangu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa,bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

i) Hisap rokok* Macam tak pernah dpt rokok sethn..


mengenalmu lewat JIWA,,bukan lewat MATA
menyayangimu dari HATI,,bukan dari PERKATAAN
Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Lelaki Dan Kucing Jantan



Lelaki dan kucing jantan
Just for release tensionn..!!! dont take seriously...Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...
Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

Sila scroll ke bawah:

1) Kucing jantan suka dibelai.~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, gunala bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)


** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE........ Jangan marah ye org lelaki.... Benda ni nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga...
Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments