Pages

MENILAI SEMULA PERSIAPAN WALIMATULURUS




Walimatulurus atau kenduri kahwin (seperti majlis santapan makanan) sunat diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkara dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

Dalam menganjurkan agenda berkaitan walimatulurus, etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan, namun perlu diingatkan agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh islam tanpa mempunyai rasa gharar (was-was) dalamnya. Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok daripada agama lain.

Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat Melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar, selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.


Hal ini pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa ( seperti cemburu, gersang dan was-was) di kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut, malah aktiviti persandingan sering menggunakan bajet yang besar kerana mengupah mak andam yang bertindak sebagai tukang solek.

Majlis walimatulurus yang terbaik ialah apabila adanya pemeliharaan terhadap adab-adab yang ditunjukkan oleh islam. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus antarnya adalah seperti berikut:
1.       Dilakukan selepas akad nikah;
2.       Menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat daripada kedua-dua belah pihak, jiran dan rakan kenalan;
3.       Bagi pengantin hendaklah mengikut sunnah Nabi s.a.w. dengan cara bersederhana dan tiada unsur bermewah-mewahan, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang sehingga membebankan;
4.       Berdoa setelah akad nikah. Doa bagi kedua-dua mempelai: “Barakallahu laka wabaaraka ‘alaika wajama’a baynakuma fii khair”. Semoga Allah mencurahkan kebarakahan kepadamu dan isterimu. Semoga Allah menyatukan kamu berdua dalam kebaikan”. ( Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari, Muslim);
5.      Solat sunat setelah akad nikah;
6.     Tinggal seminggu di rumah mempelai wanita;
7.     Tidak bercampur baur antara lelaki dan wanita;
8.     Hijab bererti “tirai” atau pembatas atau penyekat. Istilah hijab ini digunakan sebagai  tirai penyekat yang membatasi pandangan antara laki-laki dan wanita yang bukan mahramnya;
9.     Menghindari berjabat tangan yang bukan muhrimnya;
10 Menghindari syirik dan khurafat;
11 Menghindari kemaksiatan;
12 Menghindari hiburan yang merosakkan;
13 Mengundang fakir miskin;
14 Semampu mungkin pisahkan tempat makan lelaki dan perempuan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment