Pages

SYOKnya PANTUN ( PART 2 )



kanda dinda insan biasa,
hamba tuhan tiada sempurna,
kanda sudah ketemu jawapannya,
rapi terkunci dihati dinda.

mn kanda tahu jawapan nya,
sedang dinda masih mencari,
andai sudah ketemu si dia,
pasti kanda org pertama ketahui.

kanda mencari dlm petibesi,
pentunjuk dari alamat mimpi,
jawapan yang kanda temui,
adalah untuk diri sendiri

wahai kanda bijak bestari,
petibesi jadi saksi,
ape alamatnya yg kanda mimpi,
boleh kita berkongsi disini.

seperti yang dinda tahu,
otak kanda bijak bestari,
mana mungkin kanda beritahu,
itu rahsia simpan terkunci..

kanda kedekut air liur basi,
kalau tdo xreti nk bangun,
bende macam tu pn xnk kongsi,
ape daa bkn dinda nk kecoh2 pun.

tidur terkeluar airliur basi,
mimpikan dinda sampai pagi,
bukan kanda xmau kongsi,
itu cerita sudah basi,....

ape diingat pada dinda,
sampai terbawa kedalam mimpi,
cerita la wahai kanda,
walaupn dah agak sedikit basi.

mimpi bukan sebarang mimpi,
kanda termimpikan sijantung hati,
kanda sendiri pon kurang mengerti,
kenapa wajah dinda termasuk dalam mimpi...

mimpi bkn sebarang mimpi,
sampai dinda terbabit sama,
apelah daya dinda disini,
kalau tidak ku luku2 aja kepala.

jangan begitu wahai dinda,
apalah nasib kanda ini,
tidur asyik termimpikan dinda,
adakah jawapan untuk semua ini...

kanda jgn susah2,
kalau ssh dinda buat xtau,
alahai kanda buat ape nk gelisah,
itu tanda dah kene angau la tu.

betulkah begitu wahai dinda,
penyakit angau melanda kanda,
kalau dinda sungguh bijaksana,
apakah ubat untuk kanda

aduhai kanda segak bergaya,
dinda pula orgnya bijaksana,
dengar cni dinda nk cerita,
hanya kawin saja ubatnya.

sungguh dinda sangat bijaksana,
otak geliga berfikir matang,
kalau begitu sahaja ubatnya,
bilakah kanda boleh meminang...

kanda bijak mereka soalan,
xperlu nk disangkal lagi,
kalau rasa dah cukup duit hantaran,
masuk le tunggu apa lagi...(itu pn kalau berani).

Bukan kekanda bijak mereka,
soalan terbit dari hati,
wang hantaran bukan masalahnya,
sudikah adinda jadi permaisuri

hati girang bukan kepalang,
mendengar pertanyaan dr kanda,
kalau dinda dah betul2 sayang,
boleh saja apa tidaknya.

sigadis riang bukan kepalang,
mendapat berita dari teruna,
tunggu apa lagi wahai sayang,
padukan kasih bersemilah cinta

kalau xsungguh org xkata,
bkn dinda nk reka cerita,
betul ke kanda beria,
atau sj nk usik dinda.


peduli apa org nak kata,
ini cerita kita berdua, 
ikhlas hati kanda bertanya, 
kenapa dinda masih ragu jua 

jangan kanda tersalah sangka, 
bukan niat dinda nk curiga, 
cuma rase macam xpercaya, 
betulkah dinda dialam nyata.... atau sekadar mimipi cuma.

mimpi tidak fantasi pun bukan, 
dinda berada dialam nyata, 
gurindam indah kekanda dendangkan, 
gemersik syahdu menusk kehati dinda.

opss....bila da nak abis pantun nie....jumpe lg di SYOKnya PANTUN (part 3)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment