Pages

Hina Sultan Kelantan dalam Facebook


SHAH ALAM – Polis diminta bertindak tegas terhadap kenyataan berbaur hasutan seorang individu di laman sosial ‘Facebook’ yang didakwa menghina Sultan Kelantan dan rakyat negeri itu.

Perantau Kelantan di sini, Izwan Abdul Hadi mewakili seluruh rakyat Kelantan di Lembah Klang berkata, polis diminta memandang serius isu yang boleh mencetuskan provokasi kenegerian, kedaulatan raja dan perkauman kerana kesemua perkara itu adalah sangat sensitif dalam kalangan rakyat negara ini.

Menurutnya, individu yang didakwa dari Perak itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan melampaui batas sehingga menyentuh ketua negeri terutama raja atau sultan, sedangkan ia hanya perlawanan bola sepak (merujuk kepada kekalahan Kelantan kepada Perak Selasa lalu).



“Kami benar-benar kesal dengan kenyataan dia sebab itu hanya sukan dan permainan, janganlah keterlaluan. Jangan membusukkan negeri Perak dengan tindakan seperti itu sebab kami juga mempunyai ramai kenalan dari Perak.

“Dia kena ingat Perak pun bernaung di bawah Raja Melayu, janganlah menghina Raja Melayu negeri lain. Saya juga berharap perkara ini mendapat perhatian Majlis Raja-Raja Melayu demi kebaikan seluruh rakyat di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis bersama Kelab Penyokong Kelantan FA, Ultras Kelantan, Kelab Anak-anak Kelantan Di Perantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini semalam.

Izwan berkata, kemarahan rakyat Kelantan tidak akan tercetus sekiranya tidak ada provokasi kenegerian dan perkauman dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab seperti itu.
Beliau tidak mahu keakraban rakyat Malaysia di negeri Perak dan Kelantan menjadi renggang disebabkan kenyataan itu.

Izwan juga berharap rakyat negeri lain terutama peminat bola sepak mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

Selasa lalu, Perak menewaskan Kelantan 4-0 dalam perlawanan Liga Super 2011 di Stadium Ipoh, Perak.

Sementara itu di Manjung, Perak, lebih 20 ahli NGO Kelantan di daerah itu berhimpun membantah tindakan individu terbabit.

Mereka turut membuat laporan polis.

Pengerusi Persatuan Anak Kelantan Perantauan (Perakan) Manjung, Muhd Fadzli Saud (gambar) berkata, pihaknya terkilan dengan tindakan individu itu mencaci rakyat dan Sultan Kelantan.

“Kenyataan itu mungkin boleh mencetuskan perbalahan sesama kita,” katanya.
Wakil Kelab Dikir Barat Seri Perantau, F Azman Ismail berkata, pihaknya kecewa dengan perbuatan individu terbabit.

“Harap polis ambil tindakan segera,” katanya.

Antara NGO menyertai perhimpunan itu Anak Kelantan TLDM, Kumpulan Dikir Barat Seri Perak, Peniaga-peniaga Kelantan Daerah Manjung dan Kelab Muay Thai Manjung.SH.

RENUNG-RENUNGKAN:  Inilah wajah SULTAN kesayangan rakyat KELANTAN......
                                                  





p/s:- cuba la selidik dl sebelum nk mengata tu...wat malu org perak je....  
        I'm proud to be a Kelantanese !!!!!!
      
Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bukan Diriku.......

Kurenung diri ini…
Penuh tanda soal dimindaku
Ini bukan diriku!
Ke mana menghilang diriku yg dulu?
Adakah ini disebabkan dgn kesibukkan kerja?
Atau ‘hatiku’ yg telah jauh dari-NYA?
Adakah kerana kekecewaan yg selalu datang dlm hidupku?

Atau kerana tidak dapat menerima Qada & Qadar-NYA dgn hati yg ikhlas?
Di mana diriku yg sebenar menghilang?
Jauh kufikir dan kuimbas semula
Setiap hari berputar dgn cepat tanpa disedari
Tiada tambahan ilmu kusajikan utk hatiku
Hanya zero! Tak ubah seperti TIN KOSONG yg tidak bernilai…
Disepertiga malam ini…
Aku mencari diriku sebenar..
Akhirnya titisan airmata tanpa kusedari
Mengalir dipipi
Kerdilnya diri ini
Mudahnya terleka dek kesibukkan masa dan perubahan persekitaran
Yassin dan AlQuran dibaca selang 2@3 hari
Sedangkan dulu 2 perkara itulah kewajipanku setiap hari selepas solat
Lemahnya aku!
Dhaifnya aku!
Hinanya aku!
Ke mana menghilang diriku yg sebenar?
Puas aku kesali perubahan diri ini
Puas aku ratapi diri ini
Sudah cukup jugak aku marahi diri ini
Mengapa tidak tahan dengan UJIAN-NYA?
Mengapa begitu lemah iman dihati ini?
Mengapa terlalu emosi dengan kekecewaan yg sering datang walau tidak diundang?
Mengapa sanggup tewas dengan permainan dunia?
Mengapa ikutkan kata hati yg sering kalah dlm perjuangan?
Dimalam yg sepi ini
Aku mula berfikir
Sampai bila aku terus seperti ini?
Membiarkan diri tewas dalam permainan dunia yg penuh dgn ilusi
Reality diri ini tetap akan pergi ke ‘sana’
Mengapa aku harus berubah?
Membawa diriku kepada kebinasaan,
Sedangkan di ALAM ‘sana’,  belum tentu syurga dlm genggamanku

 Ya Allah,
Tolonglah aku..
Kembalikan diriku yg dahulu
Kembalikan semangatku
Kembalikan ibadahku
Kembalikan rasa sayangku pada-MU
Kembalikan segala kemanisan dengan agama-MU
Kembalikan segala kesalan
Kembalikan rasa berdosa dan tangisanku terhadap dosa2ku
Kembalikan segala-galanya…


Ya Rabbi,
Jangan kau biarkan aku hanyut dgn masa
Jangan biarkan aku lalai
Jangan biarkan aku berterusan spt tiada agama
Jangan pesongkan hatiku pada agama-MU…
Kuatkanlah hatiku ini….
Ya Allah! bantulah aku…..
Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Fadhilat Surah-surah Amalan



SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda: 
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat" 

SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:"Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk"

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.



SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat) 
Daripada Ma'qil ! Ibni Yasar berkata: 
"Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".


SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat) 
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda: 
"Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya".


SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat) 
Rasulullah saw bersabda: 
" Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya"


SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: 
"Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!" 
Dan Nabi saw bersabda: 
"saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku". 


SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat) 
Nabi saw bersabda: 
"Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid"




Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu.
Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kerajaan Tak Jamin Harga Ron95 Kekal

Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini sekalipun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan tidak dapat menjamin perkara tersebut pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan.

petrol price hike consumer interview 040608 01"Sekarang ini kita (kerajaan) tanggung subsidi bagi RON 95 sebanyak 79 sen, tambahan subsidi sebanyak RM4 bilion,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2011, di Kuala Lumpur hari ini.

Ismail Sabri diminta mengulas kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen seliter yang berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, sekalipun kerajaan sebelum ini pernah menyatakan subsidi melebihi 30 sen ditanggung pengguna, namun demi kepentingan rakyat kerajaan tidak berbuat demikian menyebabkan beban subsidi yang ditanggung semakin besar. 

Ditanya sama ada kenaikan harga RON 97 akan meningkatkan harga barangan, Ismail Sabri berkata tidak ada sebab untuk perkara itu berlaku memandangkan lori pengangkut menggunakan diesel.

NONEPada masa yang sama beliau turut meminta masyarakat mengubah sikap terlalu bergantung kepada subsidi kerana tindakan sedemikian mampu membantutkan usaha kerajaan membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

"Rakyat juga perlu tanya pada diri sendiri adakah perlu RM4 bilion itu kita nak tanggung subsidi minyak atau nak gunakan untuk pembangunan lain," katanya.

Mengulas perkembangan lain, Ismail Sabri berkata sebuah jawatankuasa kerja bagi meneliti cadangan mewujudkan kedai menjual bahan makanan pada harga diskaun sudah ditubuhkan.

"Kita akan bincang dengan beberapa pihak luar, peniaga dan sebagainya. Banyak perkara yang perlu kita lihat dari segi kedai mana yang hendak digunakan, apa produk yang hendak dijual. Tapi yang jelasnya produk yang nak dijual itu nanti mestilah betul-betul produk keperluan kita," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenalkan pembukaan kedai yang menjual bahan makanan pada harga diskaun untuk dijual kepada rakyat bagi membantu rakyat menghadapi inflasi.

- Bernama





p/s:- klu dah pak menteri cakap macam tu......xlama lagi naik la tue.....huhuhu....minyak oh minyak.....duit oh duit.....
Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bukti KELANTAN Makin Mundur


ANJUNG VISTA SERVICE APARTMENT

Pembinaan Anjung Vista Service Apartment yang telah 30% siap bakal menjadi mercu tanda kepada Bandar Satelit Kubang Kerian dengan ketinggian pengsapurinya 21 tingkat. Setakat ini pemajunya Gazriz telah menerima tempahan sebanyak 85 peratus bagi kesemua jenis-jenis apartmen yang disediakan. APARTMENT ini bakal dihuni oleh para Doktor2 Pakar dari serata dunia terutamanya Negara Timur Tengah. Itulah antara informasi terbaru tentang mercu tanda Kubang Kerian yang  akan menyaksikan satu pembangunan menyeluruh di sekitar Bandar Baru Kubang Kerian. Tapi sayangnya pembangunan begini tidak akan mendapat liputan daripada media massa bagi mengelakkan masyarakat mengetahui bahawa Negeri Kelantan telah lama mendapat keberkatan  daripada Allah SWT.

Anjung Vista Service Apartment mempunyai 251 unit pangsapuri dan satu unit lot komersial dua tingkat. Keluasan lot komersial sebanyak 5,100 kaki persegi dengan kos pembangunan dianggarkan RM39.9 juta. Pangsapuri itu menyediakan pelbagai kemudahan antaranya kolam renang, gimnasium, surau, dewan, kopitiam, kedai serbaneka, taman permainan kanak-kanak dan 24 jam kawalan keselamatan.


MADINATUR RAUDHAH & BAZAR TOK GURU

Madinatur Raudhah and Bazar Tok Guru. Both are located at the same location, in front of UiTM Kota Bharu City Campus at Jalan Sultan Ibrahim (nearby Post Office and about 150 meters from Tuan Padang Roundabout or 'Bulatan Tuan Padang' formerly known as Bulatan Kijang). The gross built up area is approximately 5.9 acre. The development value of this project is approximately RM185 million.

It consist of 3 block of apartment, 5 star hotel with 144 rooms, offices, shop lots or bazar which have been duly completed . For apartment type, it has one bedroom apartment, two bedroom apartment and three bedroom apartment. Total unit of apartment is 570, shop lots or bazaar 450 units, office 60 units. The bazaar will be the largest bazaar in east coast, targeted for local ownership. It is developed by Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Sensa Timur Sdn Bhd.


BANDAR SATELIT ISLAM PASIR TUMBUH

Negeri Kelantan Darul Naim akan melakar sejarah dengan bakal terbinanya sebuah bandaraya satelit baru. Bandar satelit baru berkonsepkan ‘Islamic City’ yang menjadikan masjid sebagai ‘focal point’ juga berperanan menyokong fungsi bandar Kota Bahru. PEKAN PASIR TUMBOH yang terletak di pertengahan perjalanan antara Bandar Kota Bharu ke Pasir Puteh dijangka akan berubah wajah menjelang tahun 2014 apabila projek Pembangunan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh yang akan menelan perbelanjaan RM100 juta siap sepenuhnya menjelang tempoh tersebut.

Pasir Tumboh kini terkenal sebagai pusat pengajian pondok tradisional terbesar di negeri Kelantan menerusi Pondok Terusannya, selepas ini akan bertukar menjadi sebuah bandar yang akan dikenali Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh tanpa mengenepikan sistem pendidikan pondoknya. Majlis Pelancaran Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tapak Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh pada 19 Jun tahun lalu. FASA 1 Bangunan rumah kedai/pejabat telah siap sepenuhnya dan bakal memulakan operasi pertengahan tahun 2011.



KB SENTRAL & TUNE HOTEL
The project consist of two phases and the construction works expected to be completed in 2013, but Tune Hotel expected to start its operation in December 2010. It will be a 175-room hotel-cum-shopping complex and apartment units. KB Sentral is just next to KB Mall on 24,500 square feet area at Jalan Hamzah and very close to each other.

Like The Store at Jalan Padang Garong and Kota Bharu Trade Center (KBTC). KB Sentral is the first joint-venture project between the Kota Bharu Municipal Council (MPKB) and HLK-Venture Sdn Bhd. The cost of this project is expected to be RM50 million, and MPKB will gain profit at RM4.3million and two units of three storey building at approximately RM2 million.


IMPIANA CONDOVILLA

FASA 1 pembinaan Apartment mewah dan ekslusif yang terletak di Panji ini telah siap pembinaannya dan telah mula diduduki pada awal tahun 2009. Syarikat pemaju Dinibiru dalam proses untuk memulakan pembinaan bagi Fasa ke 2. Kesemua unit bagi fasa 2 ini juga telah habis dijual.


BATUTA VILLE
Projek yang dijangka akan menjadikan Bandaraya Islam Kota Bharu sebagai bandar termoden di Pantai Timur apabila projek pembangunan semula tanah milik Majlis Perbandaran Kora Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta tanah milik persendirian seluas 4,292 ekar di Batu 2, Jalan Kuala Krai akan dimajukan tidak lama lagi. Projek pembinaan ini meliputi beberapa komponen seperti bangunan kediaman, pusat perniagaan, taman rekreasi serta pembinaan 6 buah medan selera (food court) yang terdapat di seluruh dunia itu akan dilaksanakan mengikut senibina Islam.

Sedikit informasi yang dapat saya kumpulkan dari beberapa sumber mengatakan projek pembangunan semula tanah tapak bengkel MPKB-BRI seluas 2.91 ekar bagi lot 114 dan 469 yang kini menempatkan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MPKB-BRI serta tanah-tanah milik persedirian Jalan Kuala Krai dan Jalan Telipot itu akan dimajukan oleh Syarikat Alam Daya Maju Sendirian Berhad.
Majlis menandatangani perjanjian (MOU) perlaksanaan projek yang dinamakan Battuta Ville telah disempurnakan oleh Yang Dipertua, MPKB-BRI Haji Ahmad Mahmod dengan Syarikat Alam Daya Maju pada 18 Jun tahun lalu bertempat di sebuah hotel terkemuka di bandar ini.


PELANGI MALL & APARTMENT

Terletak bersebelahan Grand Riverview Hotel dan menghadap ke Sungai Kelantan, Pelangi Mall yang telah siap dibina dan mula diduduki pada tahun 2008. Daripada harga asal apartment 2 bilik RM180,000 seunit kini harganya telah mencecah RM350,000 seunit telah menjadikannya aset pelaburan hartanah yang paling menguntungkan seperti Kelantan Trade Centre (KTC). Hypermarket dan Lot-lot komersil dijangka akan mula dibuka pada pertengahan 2011 ini.


KELANTAN TRADE CENTRE

Kelantan Trade Centre (KTC) yang mengandungi Servis Apartment, Dewan Konferen dan Ruang Pameran/Pejabat merupakan mercu tanda Bandar Kota Bharu. Menghadap Stadium Sultan  Mohammad IV dan Padang Perdana. Disebelah kanannya Perdana Superbowl dan dikirinya Hospital Pakar Perdana serta dihadapannya Medan Niaga MARA. Manakala dibelakangnya pula terletak Hotel Perdana. Kerana merupakan bangunan apartment servis yang tercanggih dengan kawalan dan sistem sekuriti terkini, kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada tokoh tokoh korporat dan VIP. Difahamkan kebanyakannya telah dibeli oleh pemain bolasepak The Red Warrior dan sebagai menunjukkan pengiktirafan dan kebanggaan terhadap kemajuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, Tan Sri Annuar Musa sendiri telah membeli 2 unit penthouse KTC yang harganya setiap satu tidak kurang dari RM500,000.

ND MUTIARA TOWER

Servis Apartment setinggi 23 tingkat ini bakal dimajukan oleh syarikat ND Mutiara Realties Sdn Bhd
syarikat milik penuh Bumiputra Kelantan. Lokasinya terlerak di jalan utama ke Taman tengku Anis
Tanjung Chat. Tempahan telah mencapai 85% dan pembinaan dijangka akan dimulakan pada bulan
April 2011 setelah mendapat Lesen Pemaju dan Permit Iklan. Kebanyakan pembeli adalah terdiri daripada korporat-korporat Kelantan yang berniaga di Ibu Negara.


QUEENS PARK SPORTZ CITY

Queens Park Sportz City is an iconic commercial sports and recreational centre in Kota Bharu. It houses some of the first and probably the largest facilities in Kelantan and is equipped with international facilities for socializing, training and also competitions. The Ground Floor consists of a 24-hour drive-thru fast food restaurant and more than 40 kiosks and specialty retail shops. There is a 5,000sq.ft concourse on the ground floor which is an ideal area for exhibitions, events, promotions, ceremonies and more.

BANYAK LAGI PROJEK2 HAK DALAM TANGAN DAN DAH BUAT..antaranya:-
Sumai Hotel and Suite (Sebelah Hospital Pakar KBMC),  Bayang Apartment (Projek SBJ di Baung), Lembah Sireh (Liziz Standarco sebelah TESCO), Airport City (Pengkalan Chepa Airport), U Garden (Sebelah HUSM)etc...etc,.... 



p/s:- "Salah dimata kalau tak nampak, salah tafsiran kalau tak dinilai"









Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments