Pages

Kenapa CINTA Susah Datang??


Kenapa cinta susah datang?
Walau mata sudah bertentang,
Walau hati sudah bergoncang,
Walau Sayang sudah terbentang,

Kenapa cinta susah datang?
Bila kekusutan selalu dikongsi,
Bila sayang sama berbahagi,
Bila melodi bertukar ganti,

Kenapa cinta susah datang?
Walau hati menggigil menahan rindu
Walau wajahmu tak terpadam dihatiku
Walau hatiku seakan-akan milikmu

Kenapa cinta susah datang?
Bila hati mula tak keruan,
Bila pertanyaan jadi soalan,
Bila jawapan jadi pertaruhan,

Kenapa cinta susah datang?
Walau ia ujian kesabaran
Walau jodoh bukan ketentuan
Walau ini kehendak tuhan

Kenapa cinta susah datang??
Sebab cinta tiada paksaan
Sebab sayang hanya persahabatan
Sebab takdir yang layak menentukan


p/s:-Cinta adalah murni, hadirnya tanpa diduga. Perginya pula tanpa dipinta
       Mungkin kah bunga2 cinta bakal berputik kembali setelah sekian lama menyepi....huhuhu

Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Rahsia Dahi & Personaliti Wanita


“Hai..pantang tengok yang berdahi licin sikit. Mulalah nak ‘test power!’” Tentu kamu cukup ‘familiar’ dengan kata-kata seperti di atas tu ? Selalunya orang mengaitkan ‘dahi licin’ dengan perempuan yang cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan? Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan..Kenal pasti bentuk dahi anda dan selamat membaca.....

Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Terima Kasih Sahabat


Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi. 
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. 
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. 
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”. 
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan. 
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita; 
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan. 
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. 
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu. 
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu? 
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! 
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu. 
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan.. 
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

p/s:- thanks 4 being with me my friend.......
Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Ayat-Ayat Comman Time Nk Mengurat


Check this out.. Tanda2 or ayat yg common lelaki guna time nk mengurat gurl. Zaman datuk atau ayahanda kita dahulu, cara mengurat dan ayat-ayat mengurat yang digunakan mereka berbeza dengan teknik dan taktik yang digunapakai generasi sekarang. Mungkin orang-orang lama lebih romantis, mereka menggunakan pembayang, merujuk kepada bintang, bulan dan matahari.“Bibirmu merah bak delima merekah, hidungmu mancung bak seludang...”.

Andai ayat yang sama digunakan oleh lelaki zaman ini, wanita akan terpegun terperanjat kerana korang terlalu jiwang dan mungkin mereka tidak faham akan perkataan delima dan seludang. “Kau cantik bak bulan purnama,” or "segala lautan dan gunung sanggup aku rentasi". Perkataan yg sudah tidak boleh main di zaman ini. Perbezaan budaya juga menjadikan ayat-ayat mengurat orang di Barat tidak boleh diaplikasikan oleh orang-orang Timur.

Jadi, ayat mengurat bagaimana yang disenangi wanita millennium baru? Adakah mereka gemarkan yang berlapik, yang romantis atau yang berterus terang? Oleh kerana manusia sifatnya berjenis-jenis, tidak ada satu cara yang berkesan untuk semua. Jadi kali ini, aku ingin mencadangkan ayat-ayat mengurat yang mungkin efektif kepada wanita zaman ini yang bukan sahaja lebih berpengetahuan dan lebih komplikated malahan lebih berani berbanding generasi yang terdahulu.


Ayat Mengurat Berlapik

Lelaki yang menggunakan ayat berlapik ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup menahan penolakan. So, kne la berlapik bile nk bagi hint2 kt gurl tu. Lapikan ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti “Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara am saja”. Contoh pertama ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang digemarinya, dia berpeluang untuk mengukur tahap minat wanita itu terhadapnya. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam you”.


“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika hadirnya percikan asmara, wanita itu tidak bertepuk sebelah tangan.“Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan diperkotakkatikkan. Ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.



Ayat Mengurat Romantis


Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting. “I baru faham erti cantik apabila melihat wajah you”, ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita. Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.



“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”. Ayat mmg jiwang giler....tp bukan mudah untuk lelaki melafazkan ayat ini tatkala mengurat. Mungkin boleh digunakan di dalam emel atau chat, untuk mendapatkan kesan yang maksima.“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. Kreativiti diperlukan apabila menggunakan objek dalam membantu membuat suasana menjadi lebih romantis. Dan di zaman ini, aku yakin tidak ramai lelaki yang berani untuk menjadi romantik ketika mengurat. Ceh, dgn begitu confident sekali. (",)




Ayat Mengurat Terus Terang


Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ye, ayat ini dipopularkan oleh Nabil, Si Raja Lawak dan aku yakin ianya boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikatnya. Paling kurang pun boleh menyebabkan wanita itu tersenyum.“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini atau boleh digelar taktik kamikaze.
Tetapi, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah mengurangkan masa anda syok sendiri kerana jawapan yang anda akan dapat terus menunjukkan tahap minat wanita yang ingin dipikat atau sebaliknya.“I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power. Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan.

Selamat mengurat.....hehe

Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Saat Itu.......


Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
Disaat kamu mulai tidak mencintainya...ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
Disaat kamu mulai bosan dengannya...ingatlah selalu saat terindah bersamanya
Disaat kamu ingin menduakannya...bayangkan jika dia selalu setia
Saat kamu ingin membohonginya...ingatlah disaat dia jujur padamu
Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari

Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga
Ingatlah pada pepatah,



"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"



Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..
Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan
Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa

Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.


Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tanda-Tanda Lelaki Merajuk


Ada orang kata, buruk sangat rupanya kalau lelaki merajuk. Tetapi pernahkah anda melihat lelaki merajuk?

Sekali dengar bunyi macam pelik juga bila ada lelaki cepat merajuk tapi lelaki juga manusia biasa yang ada perasaan. 
 Kata orang kalau lelaki merajuk ni susah nak pujuk balik. Betul ke???

Biasanya lelaki merajuk semuanya sama sahaja,tak taulah kalau ada lain dari yang lain.

Antara tanda-tanda lelaki merajuk:-

a) Diam Seribu Bahasa* Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan / dia anggukkan kepalanya je. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah tu dia merajuk dengan kita.

b) Buat Tak Tahu
* Dia akan buat tak tau dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je.Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

c) Menolak Untuk Makan Bersama
* Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan denagn kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

d) Masam Muka
* Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amek hanger, gantung kat muncung dia)

e) Baca Surat Khabar
* Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

f) Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
* Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di tv tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

g) Keluar Rumah Tanpa Beritahu
* Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnye. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana conferm dia akan buat dek je!

h) Matikan Telefon Bimbit
* Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita menggangu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa,bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

i) Hisap rokok* Macam tak pernah dpt rokok sethn..


mengenalmu lewat JIWA,,bukan lewat MATA
menyayangimu dari HATI,,bukan dari PERKATAAN
Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

think b4 write..anda mampu mgubahnya..

~abg..tolong baca~

dear abang, 
ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik kekampung..
abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas..
abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik...
cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini...
kereta baru abang tu mahal..
harga mencecah 500k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape? 
sbb..harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu..
cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang? 
hmm..tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..
tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah 
sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta,
ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.. 
kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..
ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah.. 
kereta abang make up lawa-lawa..
tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri 
kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada,
ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada 
kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan,
tp ayang..jatuh longkang besar boleh abang gelak..
paling menyedihkan..
ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang..
abis ayang? kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu..
anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa..
tak nak naik kereta abang takut calar..
ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok,
sarapan ayang dah sediakan.
ayang pi tak lama..sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak..
pesanan ayang.. 
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR  

love,ayang

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dear Ayang, 
bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang..
tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang, nnti kalau ilang siapa nak ganti..
ayang tu abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak, nak siap kan sarapan..nak kemas umah..
tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12..
macam mana nak wat keja umah ?.. 
cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..
abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...
lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu..ayang nak piza yg di oder dr jepun..
mana lah abang ada duit nak oder..
abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..
ish xnak laa abang.. 
pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur..
ayang yang tersalah buang ingatkan sampah..
tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..
hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang.. 
sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..
ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..
tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin..
tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. 
bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per..
wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu... 
pasal morning kiss tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana..
dah laa ayang..
abang malas nak citer.. 
tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..
nanti kalau naik bas tu bebaik..
ayang nak balik kmpg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana..
kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..
kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu...
biar jek..
nnti abang balik kmpg abang tlg kejar kan..
bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital..
abang kene tanduk xpe..
jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni..
nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru..
baik jaga jek yg dah ada tu..
ayang pun jaga diri baik2..
jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe..
abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..
dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding..
mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....hehehe
ok lah ayang..
nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah..
bye ayang 

love,abang

Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sudah Tukar Mykad ke belum??


Gantian Kad Pengenalan 18 Tahun



       SYARAT PERMOHONAN
  • Pemohon mestilah telah berumur genap 18 tahun tetapi belum mencapai umur 25 tahun.
  • Pemohon mesti hadir.
       PROSEDUR PERMOHONAN
       Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen sokongan (asal dan salinan):
  • Kad Pengenalan

      BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK
  1. Warganegara = RM 10.00
    Jika lewat memohon (telah melebihi umur 25 tahun), rujuk Jadual Pembayaran 2A
    BAYARAN PERMOHONAN PENUKARAN KPP/KPT KE MYKAD DI BAWAH PERATURAN 18 
    (WARGANEGARA)
    Permohonan yang melewati mendaftar semula selepas mencapai umur 18 tahun sehingga 25 tahun akan dikenakan kompaun.
    UMUR DIKENAKAN KOMPAUN
    BAYARAN PERMOHONAN
    (RM)
    BAYARAN
    PROSES
    (RM)
    BAYARAN
    KOMPAUN
    (RM)
    JUMLAH
    BAYARAN
    (RM)
    SEBELUM 27 THN

    10.00

    10.00

    20.00

    40.00
    27 THN TETAPI SEBELUM 28 THN

    10.00

    10.00

    40.00

    60.00
    28 THN TETAPI SEBELUM 29 THN

    10.00

    10.00

    60.00

    80.00
    29 THN TETAPI SEBELUM 30 THN

    10.00

    10.00

    80.00

    100.00
    30 THN TETAPI SEBELUM 31 THN

    10.00

    10.00

    100.00

    120.00
    31 THN TETAPI SEBELUM 32 THN

    10.00

    10.00

    120.00

    140.00
    32 THN TETAPI SEBELUM 33 THN

    10.00

    10.00

    140.00

    160.00
    33 THN TETAPI SEBELUM 34 THN

    10.00

    10.00

    160.00

    180.00
    34 THN TETAPI SEBELUM 35 THN

    10.00

    10.00

    180.00

    200.00
    35 TAHUN KE ATAS

    10.00

    10.00

    200.00

    220.00

  2. Bukan Warganegara = RM 40.00
    Jika lewat memohon (telah melebihi umur 25 tahun), rujuk Jadual Pembayaran 2B
    BAYARAN PERMOHONAN PENUKARAN KPP/KPT KE MYPR DI BAWAH PERATURAN 18 
    (BUKAN WARGANEGARA)
    Permohonan yang melewati mendaftar semula selepas mencapai umur 18 tahun sehingga 25 tahun akan dikenakan kompaun.
    UMUR DIKENAKAN KOMPAUN
    BAYARAN PERMOHONAN
    (RM)
    BAYARAN
    PROSES
    (RM)
    BAYARAN
    KOMPAUN
    (RM)
    JUMLAH
    BAYARAN
    (RM)

    SEBELUM 27 THN

    40.00

    10.00

    40.00

    90.00
    27 THN TETAPI SEBELUM 28 THN

    40.00

    10.00

    80.00

    130.00
    28 THN TETAPI SEBELUM 29 THN

    40.00

    10.00

    120.00

    170.00
    29 THN TETAPI SEBELUM 30 THN

    40.00

    10.00

    160.00

    210.00
    30 THN TETAPI SEBELUM 31 THN

    40.00

    10.00

    200.00

    250.00
    31 THN TETAPI SEBELUM 32 THN

    40.00

    10.00

    200.00

    250.00
    32 THN TETAPI SEBELUM 33 THN

    40.00

    10.00

    200.00

    250.00
    33 THN TETAPI SEBELUM 34 THN

    40.00

    10.00

    200.00

    250.00
    34 THN TETAPI SEBELUM 35 THN

    40.00

    10.00

    200.00

    250.00
    35 TAHUN KE ATAS

    40.00

    10.00

    200.00

    250.00

Makluman: Mengikut Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang yang berumur 18 tahun hendaklah mendaftar semula Kad Pengenalannya sebelum mencapai umur 25 tahun.

p/s :- lupa yang aku pn belum renew ic br lagi...huhuhu...abis la kene denda.....rm50 tu...melayang duit aku......
Reade more >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments