Pages

Tanda-Tanda Lelaki Merajuk


Ada orang kata, buruk sangat rupanya kalau lelaki merajuk. Tetapi pernahkah anda melihat lelaki merajuk?

Sekali dengar bunyi macam pelik juga bila ada lelaki cepat merajuk tapi lelaki juga manusia biasa yang ada perasaan. 
 Kata orang kalau lelaki merajuk ni susah nak pujuk balik. Betul ke???

Biasanya lelaki merajuk semuanya sama sahaja,tak taulah kalau ada lain dari yang lain.

Antara tanda-tanda lelaki merajuk:-

a) Diam Seribu Bahasa* Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan / dia anggukkan kepalanya je. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah tu dia merajuk dengan kita.

b) Buat Tak Tahu
* Dia akan buat tak tau dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je.Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

c) Menolak Untuk Makan Bersama
* Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan denagn kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

d) Masam Muka
* Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amek hanger, gantung kat muncung dia)

e) Baca Surat Khabar
* Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

f) Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
* Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di tv tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

g) Keluar Rumah Tanpa Beritahu
* Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnye. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana conferm dia akan buat dek je!

h) Matikan Telefon Bimbit
* Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita menggangu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa,bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

i) Hisap rokok* Macam tak pernah dpt rokok sethn..


mengenalmu lewat JIWA,,bukan lewat MATA
menyayangimu dari HATI,,bukan dari PERKATAAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment