Pages

Bukan Diriku.......

Kurenung diri ini…
Penuh tanda soal dimindaku
Ini bukan diriku!
Ke mana menghilang diriku yg dulu?
Adakah ini disebabkan dgn kesibukkan kerja?
Atau ‘hatiku’ yg telah jauh dari-NYA?
Adakah kerana kekecewaan yg selalu datang dlm hidupku?

Atau kerana tidak dapat menerima Qada & Qadar-NYA dgn hati yg ikhlas?
Di mana diriku yg sebenar menghilang?
Jauh kufikir dan kuimbas semula
Setiap hari berputar dgn cepat tanpa disedari
Tiada tambahan ilmu kusajikan utk hatiku
Hanya zero! Tak ubah seperti TIN KOSONG yg tidak bernilai…
Disepertiga malam ini…
Aku mencari diriku sebenar..
Akhirnya titisan airmata tanpa kusedari
Mengalir dipipi
Kerdilnya diri ini
Mudahnya terleka dek kesibukkan masa dan perubahan persekitaran
Yassin dan AlQuran dibaca selang 2@3 hari
Sedangkan dulu 2 perkara itulah kewajipanku setiap hari selepas solat
Lemahnya aku!
Dhaifnya aku!
Hinanya aku!
Ke mana menghilang diriku yg sebenar?
Puas aku kesali perubahan diri ini
Puas aku ratapi diri ini
Sudah cukup jugak aku marahi diri ini
Mengapa tidak tahan dengan UJIAN-NYA?
Mengapa begitu lemah iman dihati ini?
Mengapa terlalu emosi dengan kekecewaan yg sering datang walau tidak diundang?
Mengapa sanggup tewas dengan permainan dunia?
Mengapa ikutkan kata hati yg sering kalah dlm perjuangan?
Dimalam yg sepi ini
Aku mula berfikir
Sampai bila aku terus seperti ini?
Membiarkan diri tewas dalam permainan dunia yg penuh dgn ilusi
Reality diri ini tetap akan pergi ke ‘sana’
Mengapa aku harus berubah?
Membawa diriku kepada kebinasaan,
Sedangkan di ALAM ‘sana’,  belum tentu syurga dlm genggamanku

 Ya Allah,
Tolonglah aku..
Kembalikan diriku yg dahulu
Kembalikan semangatku
Kembalikan ibadahku
Kembalikan rasa sayangku pada-MU
Kembalikan segala kemanisan dengan agama-MU
Kembalikan segala kesalan
Kembalikan rasa berdosa dan tangisanku terhadap dosa2ku
Kembalikan segala-galanya…


Ya Rabbi,
Jangan kau biarkan aku hanyut dgn masa
Jangan biarkan aku lalai
Jangan biarkan aku berterusan spt tiada agama
Jangan pesongkan hatiku pada agama-MU…
Kuatkanlah hatiku ini….
Ya Allah! bantulah aku…..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment