sambungan dari SYOKnya PANTUN (part 3)
***** SOME TEXT MISSING*****
(ini aja yg sempat di selamatkan....huhuhu)
jgn la syg berkata begitu,
dinda berkata betul belaka,
andai betul dinda merindu,
abis tu kanda nk buat apa...
dinda merindu kanda terbayang,
tidur malam asyik termimpi,
jikalau sudah kata sayang,
cuba dinda tunjukkan bukti,
dinda merindu kanda terbayang,
rindu terbawa kedalam mimpi,
begini lah bila dah sayang,
apa lagi nk dinda bukti
jika dinda berkata begitu,
hati kanda tenang terasa,
ucaplah dinda janganlah malu,
bahawa dinda cintakan kanda
cinta manakan boleh dibuat main,
cinta itu anugerah yg esa,
andai itu sudah suratan,
akn dinda luahkan pd kanda.
cinta anugerah paling berharga,
ianya suci jangan dinoda,
tuhan temukan dinda dan kanda,
untuk terus hidup bersama.
kanda dan dinda bertemu atas kehendak-Nya,
mungkin untuk menguji kita,
andai ada jodoh dan dipanjangkan usia,
insyaAllah akan kekal bersama selamanya.
betulkah dinda bagai dikata,
sanggup hidup bersama kanda,
bukan kanda hendak memaksa,
kanda mahukan jawapan nyata
jawapan belum nampak dimata,
kerna hati dalam delima,
ini ikhlas jawapan dr dinda,
harap kanda sudi terima
huraikan keroh jernihkan rasa,
tilik guna si mata hati,
jawapan dinda kanda terima,
seribu tahun sanggup menanti.
tggu lah kanda si jantung hati,
seribu tahun pn belum pasti,
nnt jawapannya dinda kasi,
tu pn kalau xmati lagi
dinda sorang sijantung hati,
bila bersama indah terasa,
kan ku tunggu sampai mati,
semadikan cinta meori bahagia
betul ke dinda si jantung hati,
atau sj kanda berdusta,
andai esk dinda mati,
semoga bahagia kanda hendak-Nya
untuk apa kanda berdusta,
getaran cinta bergegar dihati,
andai dinda sudah tiada,
semoga bersama disyurga nanti
amboi kanda bukan main lagi ya,
ayt cinta berbunga2,
dinda masih di alam nyata,
xusah lah kanda berpura.
ayat cinta berbunga-bunga,
kanda karang buat dinda,
kata kanda ikhlas belaka,
kenapa dinda belum percaya
ayt kanda memang 1st class punya,
sampai dinda ternganga,
bukan dinda xmahu percaya,
sekarang bnyk buaya tembaga
tutup mulut dinda yg ternganga,
nanti masuk lalat pula,
kenapa dinda masih curiga,
kenapa kanda dikatakan buaya
dinda sengaja mereka cerita,
kenapa kanda pula terasa,
kalau betul kanda bukan buaya,
xusahlah pura2 betanya
bukan kanda pura2 bertanya,
kecil hati kanda terasa,
kanda ikhlas mahukan dinda,
dinda pula tuduh berdusta
kalau betul kanda mahukan dinda,
jgn bersikap seperti buaya,
kerna dinda memang xsuka,
org jenis suka berdusta
apalah malang nasib diri,
berniat baik disangka dusta,
apa dinda mahukan bukti,
cintanya kanda pada dinda
kalau begitu kata kanda,
buktikan lah pada dinda,
biar terungkai semua rasa,
andai kanda betul2 cinta.
setiap denyut nadi kanda,
hanya ada nama dinda,
apa lagi hendak dikata,
wajah dinda terpahat didada
sungguh bahaya ayat kanda,
sampai dinda terpesona,
kalau sungguh bagai dikata,
nasib le nk buat macam mana
ayat kanda hanya biasa2,
membuat dinda syahdu terpesona,
sungguh pandai dinda bebicara,
namum kanda belum diterima
ayt kanda bukan sebarang,
memang dinda pandai bicara,
kalau hati dah kata sayang,
insyaAllah akan diterima
kata dinda sungguh berbisa,
menusuk kalbu tembus ke otak,
jawpan dinda pelepas cuma,
jawapan dinda untuk mengelak
sggh hebat tembus ke otak,
sampai hati mengata dinda,
bkn dinda saja nk mengelak,
memang begitu la adat nya
memang adat insan bercinta,
adam dan hawa bermadu asmara,
sudah kanda luahkan rasa,
hanya takdir penetu segala
pewiit ayt kanda berbunga,
ni mungkin sbb ada apa2,
jangan kanda sampai merana,
menanti bulan jatuh ke riba
bukannya kanda sipungguk tua,
yang merindukan bulan purnama,
hanya berharap dan berdoa,
mencari cinta untuk hidup bahagia
sape pulak kate kanda tua,
cops dinda xkata apa2,
berdoalah wahai kanda,
agar dibuka sedikit ruang untuk bahagia
semakin hari semakin tua,
jangan dinda berkata tidak,
orang lain sudah merasa,
tak mahukan dinda ada anak
umur dinda pn bukannya muda,
orang lain dah pn merasa,
ape tidak dinda pn nk juga,
cuma belum sampai masa
jangan dinda gunda gulana,
memang masa belum tiba,
takkan datang begitu sahaja,
harus ada usaha juga
bkn dinda gundah gulana,
cuma terasa diri dah tua,
betul la kata kanda,
kalau xusaha manakan ada
usia bukan punca segalanya,
sampai masa bersatu jua,
itu sebab kanda asyik bertanya,
megajak dinda hidup bersama
kanda bertanya xreti penat,
kerna usia dah makin meningkat,
andai usaha kanda berkat,
hanya lafaz sebagai pengikat
niat ikhlas mendapat berkat,
mohon restu ayah & mama,
jika lafaz tanda pengikat,
"i love u" ucapan untuk dinda
bukan itu yg dinda pinta,
ape lah ssh sngt kanda nk baca,
stakat i luv u aja,
bukan nya ada apa2
apa lagi yang dinda pinta,
kanda makin pusing ni,
ucapan kanda bukan sekadar kata,
kata2 ikhlas dari hati
bukan itu yg dinda pinta,
cuma yg biasa2 saja,
bkn ucapan yg dinda pinta,
cukup la ikhlas terima seadanya
ucapan itu sebagai tanda,
dilampir bersama keikhlasan hati,
dinda berhak untuk meminta,
jangan buat kanda pening la
apa nk pinta dinda pn xreti,
sbb dinda xsuka meminta simpati,
jgn lah kanda pusing dan ssh ati,
dinda ok2 aje disini
pinta apa saja dinda,
hatiku sudah milikmu kini,
angau sudah melanda kanda,
ke lautan api pun kanda pergi
bukan saja dinda xmahu pinta,
takut xdapat kanda penuhi,
bukan dipinta darjat dan harta,
mahukan kanda setia disisi
dinda minta biar berpada,
kanda pon insan biasa,
kanda setia hanya pada dinda,
asal dinda sanggup bersama
snggp ke kanda bersama,
dinda bukan nya ade apa,
harta dan pangkat lg la xda,
inikan pula rupa....(lagi la xda)
kanda pon macam dinda,
tidak mengharap harta dan rupa,
janji dipadu hidup bersama,
susah senang sama merasa
org zaman sekarang ssh nk jangka,
dulu kata xapa2,
bila dah bersama macam2 ada,
susah ckit ditinggalkan saja
lautan dalam jangan diduga,
dalam isinya berjuta rahsia,
kanda bukan begitu orangnya,
susah senang kita berdua
belum cuba belum tahu,
berani kanda kata begitu,
bagus la kalau kanda bukan begitu,
agak2 dapat ke kita bersatu
tak perlu curiga dinda,
kata kanda sememangnya pasti,
hanya dinda dapat menjawab,
dalam hati ada kunci
hati dinda rapat berkunci,
belum diteroka si jantung hati,
andai kanda terjumpa kunci,
tolong la bagi jangan curi
kanda ini bukan pencuri,
minta izin tuanpunya diri,
dinda sengaja mengunci hati,
menunggu harapn yang x pasti
jangan dicuri hati ini,
kalau tidak mati lah dinda,
bkn sengaja mengunci hati,
cuma takut belum bersedia
apa lagi dinda risaukan,
belum cuba belum tahu,
kisah silam jadi pengajaran,
kita bina hidup baru
kisah silam jadi pengajaran,
buat dinda meniti hari,
bkn senang nk buat pilihan,
inikan pula calon suami
dinda pilih biar bijak,
tersalah pilih jiwa merana,
puas sudah kanda mengajak,
apa lagi kurangnya kanda
biar dinda merana sekarang,
dari merana di masa depan,
sbb tu la dinda pusing,
soalan kanda dinda posponed thn depan
raya cina raya puasa,
kuih bakul ketupat palas,
kalau begitu apakan daya,
tapi dinda kanda xkan lepas
nampak bersungguh kanda berkata,
sampaikan dinda jd mangsa,
kalau dah begitu kata kanda,
dinda boleh lari kemana
bukan dinda menjadi mangsa,
bukan kanda hendak memaksa,
idea sudah kering la dinda,
keluar ayat entah apa-apa
memang kanda xpaksa,
cuma dinda mahukan masa,
agar jawapan boleh diterima,
2 2 xterseksa
sesungguhnya penantian suatu penyeksaan,
kanda menanti dengan harapan,
hidup bersama dinda satu impian,
terserah pada takdir tentukan
bila nk habis dinda pn tahu,
sudah puas dinda bagitahu,
bkn dinda xmahu,
cuma kanda kena tggu
adat berpantun pusaka melayu,
khazanah berharga pusaka lama,
semakin lama semakin syahdu,
takkan berundur sebelum masa
berpantun sudah berseloka sudah,
berpantun masuk hari kedua,
kanda sj je tu buat helah,
sbb xmahu kasi dinda menang aja.
kita berdua sama saja,
keras kepala xmahu mengalah,
kanda terima semua seadanya,
dengan ini dinda menanglah
p/s:- maka dengan ini diistiharkan pemenangnya............pemenangnya adalah cik *** (bukan nm sebenar) hahaha